Sebab nak duit, macam-macam orang sanggup buat. Ada orang yang dah kawin, beranak-pinak tapi masih gatal nak cari 'sugar daddy'. Ada yang sanggup jual anak bini, merompak, jual dadah dan sebagainya. Berbaloikah kita korbankan nyawa dan kebahagian kita semata-mata nak buat duit? Satu-satunya cara buat duit yang terbaik ialah dengan berkerja, tidak kiralah walaupun kita berkerja sendiri, berniaga, atau makan gaji. Asalkan halal, itulah cara yang terbaik yang kita sedang lakukan.
Cara buat duit
Ramai yang ingin mencari duit tambahan, lebih-lebih lagi sekarang ni segala-galanya memerlukan duit. Cakaplah apa saja, semuanya memerlukan duit. Nak masuk tandas pun kena bayar duit. Lainlah kalau tandas sendiri :). Sekiranya kita buat carian di google tentang cara buat duit, kita akan menjumpai 90% memperkatakan cara yang sama. Kebanyakan memperkatakan tentang Adsense, Program Affiliate, Penjualan ebook bla.. bla.. bla..
Adakah anda telah mencuba mana-mana cara buat duit yang diperkatakan ini?
Sekiranya anda lihat semua program buat duit tersebut, ianya nampak sangat mudah. Pada hakikatnya, tiada cara mudah buat duit.
Buat duit dengan blog / website
Sekiranya anda ingin bermula, mencuba buat duit dengan website, atau buat duit dengan blog, anda harus melakukan banyak perkara untuk berjaya. Buat duit dengan blog atau website tidak akan berjaya dalam tempoh sehari. Bak kata mat salleh - Rome was not built in a day. Macam itulah yang anda akan alami. Untuk membina sebuah laman web / blog anda perlukan panduan buat laman web. Panduan buat laman web atau blog boleh anda dapati secara percuma melalui internet ataupun dengan cara membeli-buku yang berkenaan. Buat duit dengan blog atau website bukanlah sesuatu yang pasti berjaya anda lakukan, tetapi adalah satu cara atau peluang yang boleh anda cuba lakukan.
Cara pantas buat duit
Cara pantas buat duit memang ada, tetapi jangan salah faham cara ini dengan cara pantas untuk kaya. Sekiranya anda melibatkan diri dengan program-program buat duit online anda perlu berhati-hati. Terdapat banyak penipuan. Mengikut pengalaman, Cara yang digunakan untuk buat duit dengan pantas tidak akan dapat bertahan lama. Satu-satunya cara yang boleh bertahan lama ialah dengan berusaha secara berterusan. Sebab itulah kami langsung tidak percaya kepada program 4D ( duduk diam dapat duit).
Cara mudah buat duit
Salah satu cara mudah untuk buat duit yang menjadi pilihan ramai ialah melalui internet atau secara online. Cara mudah buat duit sebenarnya tidaklah semudah yang kita sangkakan. Ia cuma dikatakan mudah kerana, tidak perlu menggunakan tenaga kasar - ianya lebih kepada berfikir. Banyak cara yang anda boleh cuba, contohnya seperti yang sudah disebut sebelumnya iaitu melalui program adsense dan affiliate.
Semua cara buat duit yang diperkatakan di website ini memerlukan kesabaran dan usaha anda. Memang boleh buat duit sekiranya anda melakukannya tetapi untuk menjadikan anda kaya adalah sesuatu yang memang sukar dilakukan.
|